Asas Urut Zakar



Mengurut Zakar atau juga dikenali dalam tradisi Melayu sebagai amalan 'Mengasah Keris' adalah bagi tujuan pemuliharaan (maintenance) dan senaman yang dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu, lazimnya diamalkan pada malam Jumaat dan diikuti pada malam Sabtu. Boleh juga diurut pada malam Jumaat dan disusuli pada waktu sebelum solat subuh pagi hari Jumaat.

Zakar perlu diurut mengguna minyak rumusan tumbuhan dan herba yang bersih dan tidak bercampur dengan apa-apa jenis lemak binatang. Bahaya menanti anda apabila mengguna minyak urut yang mengandungi lemak atau pati binatang seperti lintah, dhob, belacak, gamat dan lain-lain lagi kerana ia boleh memberi jangkitan kuman bakteria dan merosak kulit serta urat saraf zakar.

Berikut adalah cara urut zakar yang asas. Perhatian hendaklah diberi kepada arah urutan, yakni dari pangkal zakar menuju pucuk atau kepala zakar, dan jangan sekali-kali dengan arah yang bertentangan.



Waktu terbaik untuk mengurut zakar ialah sejurus sebelum tidur dan kira-kira satu jam sebelum azan solat subuh.

[bersambung...]

Catatan Popular